Isnin, 19 Julai 2010

HUJUNG MINGGU PERTAMA SEM SATU SESI 2010/2010

Salam semua..aku harap hampa semua dok dalam keadaan sihat walafiat la..bukan apa,la nie kan banyak penyakit..jadi aku sentiasa doakan hmpa semua sihat2 dan ceria2 la selalu..nie aku nak cerita pasai topik aku kali nie la..ala pasai sem satu aku...nie cerita hujung minggu,bukan cerita kedai kopi...
cerita nie bermula pada hari jumaat jam 11 malam..setelah baik punya rancang,akhir nya malam tu,16hb julai 2010,aku dijemput oleh ANIS dan NASHA..menggunakan jentera beroda empat buatan MALAYSIA,yang juga merupakan pengganti kepada PROTON WIRA SEDAN,ANIS dan NASHA jemput aku guna kereta PROTON PERSONA 1.6 CAMPRO CPS berwarna SILVER..dorg amik aku depan kafe hostel aku..setelah melepasi sempadan antara UIAM dan dunia luar, aku yang bertindak sebagai PILOT, ANIS sbgai CO-PILOT dan NASHA sbgai PEMANDU GANTIAN,kitorg p isi minyak kereta dulu..ya la kan,isi minyak la,xkan nak isi ayaq pulok dalam tanki yang tertulis perkataan FUEL..RM 40 untuk SHELL FUEL ECONOMY untuk RON95,hampir 22 liter minyak dapat la diisi..lpas ja isi,terus bergerak ke TOL GOMBAK,masuk ke LEBUHRAYA PANTAI TIMUR(LPT) menghala ke KUANTAN..hehe..destinasi ialah KUANTAN,PAHANG..aku bawak xda la laju mana,dalam 80 ke 90 KMH ja..sebab malam...macam2 la yang aku sembang dengan ANIS..NASHA lak telah lama lena diulit mimpi..
dah agak lama memandu,aku wat keputusan untuk berenti rehat..penat kot bawak kereta..kami berenti kat RnR GAMBANG..dalam 20 minit rehat,kami gerak ke destinasi kembali..Lpas ja exit kat KUANTAN,kami tggu KHAIRUL ANWAR RANI ngn kawan2 dia untuk jempt kami kat TOL tu..jam waktu tu menunjukkan jam 3.20 pagi,hari SABTU,17hb julai 2010..lepas ja NUAR smpai,dia ajak kami p TELUK CEMPEDAK..perjalanan hampir 45 minit nak kesana akhirnya berbaloi..ya la kan,dah smpai kat TELUK CEMPEDAK..mesti lah berbaloi...waktu tu dah 4.20 pagi..pekena Mc DONALD dlu pagi tu..lapaq kot(padahal aku makan nasik kat RnR GAMBANG)..relax2 dlu kat situ..tgk pemandangan yang bagi aku tak dak kat PERLIS..nak tau apa yang tak dak kat PERLIS, sudah tentula LAUT CHINA SELATAN..puas lepak situ,kami gerak pusing2 kat bandar KUANTAN..pastu p la MASJID SULTAN AHMAD SATU yang jugak MASJID NEGERI..nak solat SUBUH la,apa lagi..waktu pun dah 5.40 pagi..BERJALAN TU BERJALAN JUGAK,ALLAH JANGAN LUPA..DIA yg KURNIAKN aku dengan nikmat perjalanan nie,takkan aku yg HAMBA nie nak lupakan PENCIPTA plak..nnti nak balik ke SANA jugak..
lepas ja selesai solat,kitorang pun balik la tempat tinggal NUAR nie..ANIS dan NASHA tumpang umah member NUAR, SHIKIN namanya..rehat la dulu sat..nak hilangkan penat..dalam pukul 8 pagi la sampai umah NUAR..pukul 12 kami, ANIS,NASHA,NUAR dan AKu,gerak mai bandar KUANTAN..destinasi pertama,tempat makan..depa menDECIDEkan untuk makan kat SECRET RECIPE KUANTAN..aku pon ikut la..aku nie budak kampung,agak BATAK skit la bila masuk situ..tapi takpa,kena la COVER skit keBATAKkan aku.. dah settle ja makan,NUAR ajak p EAST COAST MALL(ECM)..NUAR kata kat aku yang ECM tu adalah mall PALING BESAQ kat situ..lepas letak kereta,kitorang pon jalan2 la kat dalam tu...ada AUTOKARNIVAL..jualan kereta cam HONDA dan HYUNDAI,DRIFT KERETA KAWALAN JAUH, dan jualan SEAT kereta jenama SSCUS,yang dikatakan jenama butan MALAYSIA..berjalan2 dalam tu,tengok2 cenderahati dan jugak jersi..lepas puas dok situ,NASHA kata nak jumpa sepupu dia kat UIAM KUANTAN..kami pon p la kesana..waktu jam 6 petang..NASHA dok lepak ngan sepupu dia,MOJA nma nya..aku ngan NUAR dok usha awek2 UIA sana,ANIS lak tengah layan perasaan la..aku ngan NUAR melakukan sesi fotografi..aku jadik model,NUAR jadik fotographer..lepas balik dari UIA KUANTAN, NUAR singgah solat kat MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN untuk solat asar,aku dan yang lain dah siap2 solat jamak..kami p lepak kat TELUK CEMPEDAK..tgk view waktu petang..jalan2 kat bazar TC kat situ..lepas ja solat maghrib,kami wat satu keputusan yang paling gila bagi sesetengah orang..nak tau,lpas perenggan nie aku cerita..
lepas ja lepak TELUK CEMPEDAK,kami balik umah dlu..siap2,kemas2 barang..kluaq balik dlam kul 11.30 malam ke TANJUNG LUMPUR..makan kat situ...lepas ja makan,kami pon wat kerja gila nie...hahha..KAMI MAI KE KUALA TERENGGANU MALAM TU JUGAK..yeahhh,terbaik..haha..perjalan dijangkakan EMPAT JAM..aku drive keta smpai CHERATING..jam dah kul 1.15 pagi,hari AHAD,18julau 2010..waktu kami smpai kat PETRONAS CHERATING,ada satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan..PERODUA MYVI dan jugak MITSUBISHI LANCER 2004-2007(yang komfem LANCER tu baru lagi r)..dua2 kereta nie remuk la..apa yang menarik nya ialah,kalau kemalangan nie sepatut nya AMBULAN,POLIS atau BOMBA yg sepatutnya smpai dulu..ini tidak,TRAK TUNDA yg paling awal...lpas ja tukaq driver,NUAR drive,aku tidoq kat blakang..smpai KUALA TERENGGANU kul 4 pagi..NUAR brenti untuk tidoq..jam 8,kami grak ke TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU..nak tengok dan lihat MASJID KRISTAL..LPas puas dok situ,amik gambaq dan jalan2 sat..pastu kami p PASAR PAYANG..untuk sarapan dan beli buah tangan..pastu kami pon round la area2 KT nie...last2 lepak kat PANTAI BATU BUROK..lpak la tgk laut,rehat2,sembang2..lepas ja disitu,kami pon nak balik la..sekali ternampak signboard MASJID TENGKU ZAHARAH..masuk la simpang untuk ke masjid tu..rupa2 nya MASJID TERAPUNG...lepas bersih kn badan dan solat jamak,kami pon beli la buah tangan lagi skit untuk dibawak balik...dalam perjalanan tu aku buleh nampak la keindahan pantai negeri TERENGGANU..smpai ja kat KERTIH,aku dpat la tengok loji milik syarikat petroleum nasional negara kita,PETRONAS..lpas tu,kami singgah kat MESRA MALL..makn la..lapaq..xmakn nasik lagi sejak lpas sarapan tadi..kami bertolak balik lpas tu,smpai kat PEKAN dlam kul 7.30 malam..tggu NUAR solat dlu,sblom dia hantaq kami ke TOL GAMBANG..lepas NUAR siap,dia bawak room mate dia nama AMIR..
KAMI p mkn dlu sebelom balik...awek yang amik order tu comel gak..hehe..nak ngayat tak berani,jadi aku hanya mampu tgk je la..lpas ja makan,NUAR hntaq kami ke TOL GAMBANG..perjalanan masih jauh..AKU bawak kereta dulu..smpai ja HENTIAN MARAN,aku soh NASHA drive..dia pon ok..aku pon apa lagi,tidoq la..smpai dekat UIA GOMBAK,baru aku bangun..waktu tu kul 1.15 pagi,ISNIN 19hb JULAI 2010..lpas amik tuan kereta,kak tuan kereta tu pon hantaq nasha,aku dan anis balik hostel masing2..aku yang smpai bilik kul 1.20 pagi,naik katil,terus smbung tidoq..
TU JE LA CERITA AKU KALI NIE..THANX SANGAT2 KAT ANIS TAHIR,NASHA,NUAR RANI,AMIR,FAIZ,LATIF STRIKE,IZZUL,ILMAM DAN RAKAN2 NUAR YANG LAIN SEBAB BANYAK MEMBANTU DLAM PEMBIKINAN CERITA NIE..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan